BRUNO SUZUKI, ALIF FITRI & HAIDHIR AKAN BERSAMA HAJI IRFAN BAKTI
3 Pemain dari skuad Terengganu FC II, Alif Fitri, Haidhir Suhaini dan pemain import, Bruno Suzuki pada hari ini telah bersetuju untuk berpindah ke pasukan Terengganu FC bersama pengendali Haji Irfan Bakti bagi membantu skuad Terengganu FC mengharungi saingan Liga Super yang bakal kembali bersambung tidak lama lagi.
Bruno Suzuki akan kembali berganding dengan bekas rakan sepasukannya di Negeri Sembilan, Lee Tuck setelah menyertai Terengganu FC. 3 Orang pemain dari Terengganu FC II ini akan menggantikan 3 pemain dari Terengganu FC iaitu Ismail Faruqi, Shukur Jusoh dan juga pemain import Lee Junhyeob yang bakal ke Terengganu FC II.
Penukaran pemain ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pengendali pasukan iaitu Haji Irfan Bakti ( Ketua Jurulatih & Pengurus pasukan Terengganu FC) dan juga Mustaffa Kamal ( Ketua Jurulatih Terengganu FC II ) dan kesemua pemain dan pengurusan.