TERENGGANU FC III TERUSKAN LANGKAH KANAN
Skuad Terengganu FC III kendalian Badrul Afzan Razali tersenyum puas membawa pulang 3 mata dari Lumut setelah berjaya menewaskan pasukan Perak dalam kempen Piala Presiden. Kemenangan yang dicapai itu sekali gus berjaya mengekalkan momentum yang diiginkan dalam misi untuk mengekalkan status skuad Piala Presiden Terengganu itu berada di landasan terbaik untuk bersaing dengan pencabar-pencabar kuat yang lain.
Dalam pertemuan yang berlangsung di Stadium Lumut, Perak itu, aksi separuh masa menyaksikan tiada jaringan berjaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan namun pasukan Perak terlebih dahulu mendahului sejurus babak separuh masa kedua disambung. Namun pemain-pemain Terengganu FC III berjaya mengekalkan corak permainan yang kemas dan hasilnya Amirul Syazwan berjaya menjaringkan gol penyamaan. Perlawanan yang dilihat akan berakhir dengan keputusan seri itu akhirnya memihak kepada TFC III setelah Izzan Syahmi muncul sebagai wira pasukan untuk menjaringkan gol kemenangan. 3 mata penting yang diperoleh dari tempat lawan itu merupakan sesuatu yang mampu mendorong pasukan untuk terus memberikan persembahan yang terbaik.
Dengan keputusan itu, Terengganu FC III kini di tangga kedua carta liga, menjadi pendahulu bersama UITM FC dalam kumpulan B dan hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan gol. Dalam akTerengganu FC III akan turun menentang Negeri Sembilan di laman sendiri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 1 Mac 2018(Khamis) ini. Ayuh kepada semua peminat bola sepak tempatan sama-sama kita penuhkan venue tersebut untuk menyaksikan bakat-bakat muda Terengganu yang akan terus menyinari arena bola sepak tanah air ini.