MAJLIS PERASMIAN TERENGGANU FOOTBALL CLUB 2018

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memperkenalkan jersi baharu pasukan Terengganu FC (TFC) bagi kempen Liga Malaysia musim 2018 yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, sebentar tadi.

Jersi terbabit didatangkan dalam tiga warna iaitu hitam putih untuk jersi di laman sendiri, hitam untuk jersi di tempat lawan sementara biru sebagai jersi ketiga.

Jersi rekaan Muhammad Irwan Mahamood keluaran Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd itu akan digunakan oleh kelima-lima pasukan dari  Terengganu iaitu TFC I (Liga Super); TFC II (Liga Perdana); TFC III (Piala Perdana); TFC IV (Piala Belia) dan TFC V (Piala KPM) untuk musim ini.

Selain pelancaran jersi, PBSNT turut memperkenalkan logo baharu pasukan yang dicetuskan oleh penyokong tegar skuad Penyu, Muhammad Hanif Razali.

Majlis perasmian pelancaran jersi yang dihadiri kesemua pemain skuad TFC  itu disempurnakan oleh Presiden PBSNT, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar Terengganu.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran ribuan penyokong setia skuad Penyu  yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan pelancaran jersi baharu pasukan kesayangan ramai di negeri ini.

Leave a Reply